Angka korban gempa bumi di Filipina meningkat kepada 74

MANILA: Pasukan penyelamat menemukan dua lagi mayat di bawah runtuhan gempa bumi bermagnitud 6.9 yang melanda tengah Filipina pada 30 Sept, menjadikan angka korban meningkat kepada 74 orang, menurut badan tertinggi negara itu bagi pengurusan dan pengurangan risiko bencananpada Khamis, lapor Xinhua.

Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Kebangsaan (NDRRMC) seterusnya melaporkan bahawa 559 orang telah cedera dalam gempa luar pesisir pada kedalaman lima kilometer yang melanda wilayah Cebu itu.

Gegaran itu menjejaskan lebih 189,000 keluarga atau kira-kira 666,000 penduduk kampung dan menyebabkan kerosakan meluas pada infrastruktur, kediaman dan perniagaan- BERNAMA-XINHUA

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *