Naratif ekonomi Malaysia telah berubah sejak dua tahun lepas – PM Anwar

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa naratif ekonomi Malaysia telah berubah daripada tidak menentu kepada pulih dan langkah-langkah defensif kepada penstrukturan semula yang proaktif sejak dua tahun lepas.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata walaupun pertumbuhan negara kekal stabil, inflasi terkawal dan kadar pengangguran rendah, kejayaan tidak diukur daripada keselesaan situasi yang stabil tetapi kesediaan untuk mendepani cabaran seterusnya.

Beliau berkata pelabur memahami bahawa hala tuju konsolidasi fiskal Malaysia adalah mengenai pengurusan berhemat dan memastikan setiap ringgit yang dibelanjakan mempunyai matlamat yang jelas.

“Keyakinan meningkat apabila kerajaan berani membuat pembaharuan dan seiring dengan langkah untuk berbelanja secara strategik.

“Pertumbuhan modal perlu sentiasa sejajar dengan usaha pengembangan demi keadilan sosial, selaras dengan semangat Malaysia MADANI,” kata beliau dalam ucapan khas pada Khazanah Megatrends Forum 2025 hari ini – Bernama

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *