KPDN Pahang gesa syarikat pengangkutan daftar SKPS untuk subsidi RON95

KUANTAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Pahang meminta semua syarikat pengangkutan darat awam dan barangan yang layak supaya segera mendaftar Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi.

Pengarah KPDN Pahang Jezlily Jamaluddin menyatakan tiada tarikh tutup pendaftaran ditetapkan setakat ini bagi sistem yang membolehkan syarikat menikmati subsidi petrol RON95.

Pihaknya menganjurkan hari terbuka dan sesi libat urus di pejabat KPDN negeri di Wisma Belia dari jam 9 pagi hingga 1 tengah hari esok untuk meningkatkan kesedaran tentang SKPS.

“Semua pihak terlibat disaran hadir untuk mendapatkan maklumat lanjut, membuat semakan kelayakan serta mendapatkan bantuan pendaftaran,“ katanya.

Beliau menjelaskan syarat kelayakan termasuk syarikat berdaftar di Malaysia, kenderaan milik syarikat pemohon, dan kenderaan mempunyai cukai jalan yang sah.

“Penyasaran semula subsidi petrol di bawah SKPS akan mengurangkan ketirisan dan penyelewengan di stesen minyak,“ katanya.

Inisiatif ini juga dijangka mengurangkan risiko kenaikan harga barangan dan caj perkhidmatan kenderaan pengangkutan darat awam yang melampau.

Sembilan kategori dalam sektor pengangkutan darat awam layak memohon termasuk teksi, kereta sewa, bas sekolah, van mayat, dan ambulans.

Manakala 12 kategori kenderaan layak di bawah sektor pengangkutan darat barangan t https://mysubsidi.kpdn.gov.my ing makanan, dan lori rigid pelbagai jenis.

Pendaftaran SKPS boleh dilakukan melalui pautan https://mysubsidi.kpdn.gov.my secara dalam talian.

Mereka yang mempunyai pertanyaan boleh menghubungi pejabat cawangan KPDN Pahang atau nombor telefon 09-5717777 dan 09-5717778 pada waktu pejabat. – Bernama

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *