JOHOR BAHRU: Sebuah pusat pemindahan sementara telah dibuka di daerah Pontian untuk menempatkan 107 penduduk daripada 33 keluarga yang terjejas akibat banjir kilat.
Pusat pemindahan sementara di Sekolah Kebangsaan Melayu Raya mula beroperasi pada pukul 6 pagi.
Kawasan terjejas melibatkan Kampung Melayu Raya, Kampung Paya Embun, Kampung Pak Kalib, Kampung Seri Menanti dan Kampung Maju Jaya.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Datuk Asman Shah Abd Rahman menyatakan kejadian banjir kilat berpunca daripada hujan lebat berterusan dan penurunan air dari Gunung Pulai.
Beliau mengesahkan beberapa rumah telah dinaiki air akibat kejadian banjir kilat tersebut.
Bagaimanapun, cuaca di kawasan terjejas dilaporkan telah kembali cerah setakat ini. – Bernama