Freedom Flotilla dijangka tiba di Gaza dalam tiga hingga empat hari

ANKARA/ISTANBUL: Freedom Flotilla Coalition hanya berbaki 430 batu nautika lagi dan dijangka tiba di perairan Gaza dalam tempoh tiga hingga empat hari.

Wakil pakatan itu memberitahu Anadolu Ajansi bahawa mereka akan memecahkan sekatan dan menzahirkan solidariti bersama rakyat Gaza.

Behesti Ismail Songur menyatakan harapan mereka untuk sampai ke sempadan Gaza dengan kapal Vicdan dan flotila lain.

Beliau menegaskan bahawa perjuangan mereka akan diteruskan sehingga berjaya membuka laluan bantuan kemanusiaan.

Freedom Flotilla turut disertai oleh petugas kesihatan terkenal dunia dan tiga anggota parlimen Turkiye.

Songur menjelaskan bahawa kapal Vicdan berlayar khusus untuk menyalurkan bekalan perubatan ke Gaza.

Beliau menekankan terdapat mesej mendalam di sebalik usaha kemanusiaan ini yang perlu difahami oleh semua pihak.

Kapal Vicdan dilancarkan selepas 7 Oktober diikuti oleh kapal Madleen dan Hanzala. Menurutnya masyarakat dunia kini menerima hakikat bahawa sekatan ini akan dipecahkan melalui laluan laut.

Beliau merujuk kepada puluhan individu yang ditahan di penjara Israel selepas menyertai Sumud Flotilla.

Songur menegaskan bahawa gerakan ini akan terus berkembang tanpa mengira halangan.

Kemarahan rakyat awam yang tulus ini akan sampai ke sempadan Palestin dan memecahkan sekatan tersebut. – Bernama-Anadolu

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *