KTMB sediakan dua tren ETS tambahan sempena Deepavali 2024

KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan perkhidmatan tambahan dua unit tren elektrik (ETS) bagi laluan Padang Besar ke Kuala Lumpur Sentral (KL Sentral) dan sebaliknya sempena sambutan Deepavali pada 20 Oktober ini.

KTMB dalam kenyataan hari ini memaklumkan perkhidmatan tambahan itu akan beroperasi selama enam hari bermula 17 hingga 22 Oktober.

Penjualan tiket tren dibuka mulai jam 10 pagi pada Selasa ini untuk memudahkan perancangan perjalanan awal.

Tren tambahan ini menawarkan sebanyak 630 tempat duduk sehari dengan jumlah keseluruhan 3,780 tempat duduk termasuk koc kelas perniagaan.

Tambahan perkhidmatan ini bertujuan menampung permintaan tinggi semasa musim perayaan dan membantu mengurangkan kesesakan trafik.

Bagi laluan Padang Besar ke KL Sentral, tren tambahan akan berlepas pada 11.05 pagi dan dijangka tiba pada 4.30 petang.

Perjalanan dari KL Sentral ke Padang Besar akan bermula jam 5 petang dan dijangka tiba 10.20 malam.

KTMB menyarankan orang ramai membuat pembelian tiket menerusi aplikasi KTMB Mobile (KITS) atau laman web KTMB.

Mereka juga dinasihatkan menggunakan KTM Wallet bagi mempercepat proses pembelian tiket.

Perancangan perjalanan awal membolehkan penumpang menikmati tambang fleksi yang lebih menjimatkan.

Pengguna diingatkan tiba 30 minit lebih awal di stesen kerana pintu masuk akan ditutup lima minit sebelum tren berlepas.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh layari laman sesawang rasmi KTMB di

Pusat%20″> www.ktmb.com.my.

Pusat Panggilan KTMB juga boleh dihubungi melalui talian 03-9779 1200 untuk bantuan tambahan. – Bernama

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *