Penulis blog warga asing Murray Hunter ditahan di Bangkok

KUALA LUMPUR: Seorang penulis blog warga asing Murray Hunter telah ditahan di Bangkok bulan lepas kerana gagal mematuhi saman yang dikeluarkan pihak berkuasa Thailand untuk membantu siasatan.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia mengesahkan penahanan Hunter berlaku pada 29 September di Lapangan Terbang Suvarnabhumi.

MCMC menegaskan penahanan itu berkait rapat dengan kegagalan Hunter mematuhi arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa Thailand.

“Semua perkara berkaitan penahanan, kemungkinan kesalahan dan sebarang pertuduhan adalah di bawah bidang kuasa pihak berkuasa Thailand,“ menurut kenyataan rasmi MCMC.

Suruhanjaya itu menambah mereka menghormati dan akan mematuhi proses serta keputusan sistem keadilan Thailand.

MCMC memaklumkan laporan polis telah dibuat di Malaysia dan Thailand pada April dan Jun 2024 berhubung penerbitan Hunter yang berkaitan dengan institusi Malaysia termasuk MCMC.

Hunter yang merupakan warganegara Australia menjalankan aktiviti penerbitannya dari Thailand dengan kandungannya turut boleh diakses di dalam negara itu.

Satu tuntutan sivil telah difailkan di Malaysia dengan dokumen tuntutan disampaikan kepada Hunter di Thailand. – Bernama

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *