Senarai rakyat Malaysia ditahan tentera Israel dalam misi kemanusiaan Gaza

KUALA LUMPUR: Global Sumund Flotilla (GSF) mengeluarkan senarai rakyat Malaysia yang ditahan tentera Israel dalam misi kemanusiaan ke Gaza setakat 7.50 pagi.

Kapal Hio membawa dua warga Malaysia iaitu Heliza Helmi dan Nur Hazwani Afiqah Helmi.

Kapal Grande Blu pula membawa Norfarahin Romli atau lebih dikenali sebagai Farah Lee dan Danish Nazram Murad.

Kapal Huga membawa seorang rakyat Malaysia iaitu Nur Fazelah Mad Tahil atau Zizi Kirana.

Kapal Sirius membawa empat rakyat Malaysia iaitu Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Zulfadhli Khairudin, dan Rusydi Ramli.

Kapal Alma membawa tiga rakyat Malaysia iaitu Iylia Balqis, Musa Nuwayri, dan Sul Aidil.

Lima lagi rakyat Malaysia yang menyertai misi itu dilaporkan terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC).

Kapal Estrella membawa empat rakyat Malaysia iaitu PU Rahmat, Norhelmi, Mohd Asmawi, dan Norazman.

Kapal Mikeno membawa seorang rakyat Malaysia iaitu Nurul Hidayah Mohd Amin atau lebih dikenali sebagai Ardell Aryana. – Bernama

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *