PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji keberanian Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak terhadap sesiapa sahaja termasuk individu berpengaruh berhubung isu rasuah.
Beliau memberi jaminan bahawa kerajaan MADANI pimpinannya akan terus mendukung usaha SPRM dalam membanteras rasuah dan salah guna kuasa di negara ini.
Anwar menyatakan bahawa SPRM telah menggegarkan negara dengan keberanian bertindak terhadap sesiapa yang dianggap melanggar undang-undang.
Beliau mengucapkan tahniah kepada semua atas keberanian SPRM untuk bertindak terhadap pembesar-pembesar yang paling berpengaruh dalam sejarah.
Ucapan beliau disampaikan pada sambutan ulang tahun SPRM ke-58 dan pelancaran “Keep Malaysia Clean” (KMC) di Putrajaya hari ini.
Majlis tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Juga hadir ialah Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki. – Bernama