ISTANBUL: Sebuah kapal perang dikesan berada berhampiran Global Sumud Flotilla yang sedang belayar menuju Gaza pada awal Rabu.
Penganjur flotila melaporkan keadaan berjaga-jaga di laut ketika insiden itu berlaku.
Wartawan Al Jazeera yang berada di atas flotila itu mengesahkan hubungan komunikasi dengan kapal Alma telah berjaya dipulihkan selepas terputus seketika.
Menurut laporannya, sebuah kapal Israel menghampiri Alma sehingga kira-kira lima kaki dan menyekat semua sistem komunikasi serta enjinnya.
Tindakan tersebut menyebabkan kapal utama dalam misi flotila itu tidak berfungsi buat seketika.
Peserta di atas Alma bertindak membuang telefon bimbit mereka ke laut mengikut protokol keselamatan yang ditetapkan.
Wartawan itu kemudian melaporkan bahawa kapal Israel berkenaan telah meninggalkan kawasan berkenaan.
Keadaan itu membolehkan flotila meneruskan pelayaran mereka ke Gaza.
Flotila yang belayar bagi mencabar sekatan Israel ke atas Gaza itu memaklumkan kapal-kapal mereka kini berada kira-kira 121 batu nautika dari wilayah yang dikepung itu.
Jarak tersebut bersamaan dengan 225 kilometer dari pantai Gaza. – Bernama-Anadolu