Ringgit mengukuh berbanding dolar AS didorong jangkaan kadar faedah turun

KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan momentum pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat pada sesi awal urus niaga hari ini.

Mata wang tempatan didorong oleh kebimbangan mengenai kemungkinan penutupan kerajaan Amerika Syarikat yang melemahkan lagi mata wang negara maju itu.

Setakat jam 8.02 pagi, ringgit berada pada paras 4.1980/2190 berbanding dolar AS berbanding 4.2050/2090 di akhir urus niaga semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata kebimbangan berterusan mengenai penutupan kerajaan AS dijangka memacu sokongan terhadap ringgit.

Beliau menyatakan jangkaan kadar faedah lebih rendah hanya melemahkan lagi mata wang negara maju tersebut.

“Ini mungkin menyaksikan ringgit cuba menembusi paras psikologi RM4.20 selepas ditutup meningkat 0.25 peratus semalam,“ katanya kepada Bernama.

Dalam pada itu, ringgit turut diniagakan lebih mengukuh berbanding kumpulan mata wang utama.

Berbanding yen Jepun, ringgit mengukuh kepada 2.8348/8491 daripada 2.8420/8447 semalam.

Unit tempatan naik berbanding pound Britain kepada 5.6417/6699 daripada 5.6532/6586.

Ringgit meningkat kepada 4.9251/9497 berbanding euro daripada 4.9405/9452.

Mata wang Malaysia juga diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang ASEAN.

Ringgit naik ke paras 3.2530/2695 daripada 3.2604/2638 berbanding dolar Singapura.

Unit tempatan mengukuh berbanding rupiah Indonesia pada 251.9/253.2 daripada 252.3/252.6.

Mata wang Malaysia meningkat berbanding peso Filipina pada 7.21/7.25 daripada 7.22/7.24 sebelumnya.

Ringgit lebih positif berbanding baht Thailand kepada 12.9265/9963 daripada 12.9744/9927. – Bernama

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *