KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah tahniah sempena sambutan Hari Keputeraan Rasmi Sultan Kelantan Sultan Muhammad V yang ke-56, hari ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar turut mendoakan semoga baginda serta seluruh Kerabat Diraja sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT, dikurniakan kedaulatan, rahmat serta hidayah-Nya.
“Semoga Allah melindungi Tuanku di dunia dan akhirat. Daulat Tuanku,” katanya – Bernama