Lapan cedera bot parasailing terbalik di Langkawi akibat angin kuat

ALOR SETAR: Lapan individu mengalami kecederaan selepas sebuah bot pelancong yang mereka naiki terbalik semasa aktiviti parasailing di Langkawi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Langkawi Supt Samsulmuddin Sulaiman mengesahkan pihaknya menerima maklumat kejadian daripada orang awam.

Kejadian bot terbalik itu berlaku di kawasan Pantai Tengah pada pukul 1.15 tengah hari.

Bot tersebut membawa enam pelancong terdiri daripada tiga lelaki dewasa, dua wanita dan seorang kanak-kanak lelaki bersama dua kru bot.

Semasa kejadian, terdapat pelancong yang sedang melakukan aktiviti parasailing tetapi berjaya diturunkan dengan selamat.

Kejadian dipercayai berpunca daripada angin kuat yang melanda kawasan tersebut.

Kesemua mangsa berjaya diselamatkan oleh orang awam yang berada di sekitar lokasi kejadian.

Maklumat awal menunjukkan tiada mangsa yang mengalami kecederaan serius.

Kesemua mangsa kini sedang menerima rawatan di Hospital Sultanah Maliha. – Bernama

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *