KPDN sedia laksanakan SKPS BUDI MADANI RON95 mulai 30 Sept

SANDAKAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah membuat persiapan rapi dan bersedia untuk melaksanakan Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) melalui inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95) yang bermula 30 September ini.

Timbalan Menteri KPDN Datuk Dr Fuziah Salleh menyatakan semua syarikat minyak telah mengesahkan kesiapsiagaan mereka untuk pelaksanaan tersebut termasuk penyediaan mesin, sistem pembayaran di terminal pam, dan kaunter di stesen minyak.

Rekod pendaftaran SKPS merekodkan jumlah kumulatif sebanyak 5,829 syarikat dengan 13,800 kenderaan di seluruh negara untuk tempoh 15 hingga 26 September 2025.

KPDN juga memberikan fleksibiliti kepada syarikat untuk menentukan pengagihan kuota berdasarkan penggunaan fleet card.

Fuziah berkata KPDN yakin penyasaran semula subsidi petrol itu mampu mengurangkan ketirisan dan penyelewengan di stesen minyak.

Inisiatif ini juga dijangka dapat mengekang risiko kenaikan harga barangan dan caj perkhidmatan kenderaan pengangkutan awam yang melampau.

Sebarang penjimatan daripada pengurangan ketirisan itu boleh membantu kerajaan mengukuhkan kedudukan fiskal kewangan negara.

Subsidi yang disasarkan semula juga akan membolehkan peruntukan disalurkan kepada perbelanjaan pembangunan.

KPDN turut membuka kaunter khidmat pelanggan SKPS di semua pejabat negeri dan cawangan mulai 28 September ini bagi melicinkan pelaksanaan sistem berkenaan.

Kaunter tersebut akan beroperasi selama seminggu dengan pegawai KPDN memastikan orang ramai memahami perbezaan mekanisme serta harga bagi kedua-dua program.

BUDI MADANI Individu95 menggunakan MyKad dengan harga RM1.99 manakala BUDI MADANI MySubsidi95 @ SKPS menggunakan fleet card dengan harga RM2.05.

Orang ramai boleh mengemu https://www.budi95.gov.my/contact-us. UDI MADANI Individu95 yang menggunakan MyKad kepada Kementerian Kewangan melalui pautan https://www.budi95.gov.my/contact-us. – Bernama

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *