Pasangan Australia sesat di hutan Batu Ferringhi ditemui selamat

GEORGE TOWN: Dua individu yang dilaporkan sesat semasa melakukan aktiviti mendaki di kawasan hutan berhampiran Freedom Hill, Happy Rock, Batu Ferringhi petang tadi telah ditemui dalam keadaan selamat.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pulau Pinang John Sagun Francis menjelaskan mereka yang hilang itu ialah pasangan suami isteri warga Australia Patrick Philippe Chung, 44, dan Patricia Wong, 45.

Komander operasi menjalankan kerja mencari dan menyelamat dengan peralatan perlindungan penuh berpandukan lokasi yang dikongsi mangsa melalui aplikasi WhatsApp sebelum mereka dijumpai selamat dengan bantuan orang awam.

Mangsa kemudian dibawa turun ke kaki bukit dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dengan operasi ditamatkan pada pukul 6.41 petang.

Operasi menyelamatkan kedua-dua mangsa itu dijalankan oleh enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Jermal menggunakan sebuah jentera Light Fire Rescue Tender. – Bernama

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *