Malaysia komited realisasikan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital ASEAN

KUALA LUMPUR: Malaysia meneguhkan komitmennya untuk merealisasikan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital ASEAN (DEFA) sambil memastikan pelaksanaannya memberi manfaat kepada rakyat dan komuniti perniagaan di rantau ini.

Ketua Setiausaha Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Hairil Yahri Yaacob menyatakan bahawa ASEAN sebagai rantau yang pesat membangun perlu bekerjasama secara kolektif dalam memacu transformasi digital.

Beliau berkata beberapa inisiatif utama rantau ini seperti projek baharu ASEAN menjadi asas kepada visi yang berwawasan lebih jauh untuk melihat ASEAN sebagai komuniti digital yang menyeluruh dan bersatu.

Hairil Yahri menyampaikan ucapan tersebut pada Dialog Perniagaan Ekonomi Digital ASEAN 2025 yang berlangsung di ibu negara. – Bernama

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *