Kanak-kanak lelaki tujuh tahun lemas dalam parit di Teluk Intan

TELUK INTAN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam sebuah parit di Jalan Chenderong Balai, Labu Kubong dekat sini.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak Shazlean Mohd Hanafiah menyatakan kejadian itu dianggarkan berlaku antara pukul 5 petang dan 6 petang semalam.

Beliau berkata pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan tiba di lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.23 tengah malam.

Penduduk kampung telah terlebih dahulu melakukan usaha mencari mangsa tetapi tidak berjaya menemuinya.

Anggota bomba akhirnya berjaya mengesan mangsa di dasar air kira-kira 800 meter dari tempat dia dilaporkan jatuh.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut sebelum operasi ditamatkan kira-kira pukul 4.10 pagi. – Bernama

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *