Kawasan kebocoran gas butana di Kerteh disahkan selamat dan terkawal

CHUKAI: Keadaan di sekitar kawasan Petronas Gas Berhad di tapak pembinaan Laluan Rel Pantai Timur di Kerteh telah disahkan terkawal dan selamat sepenuhnya.

Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Mohd Razi Rosli menyatakan bacaan alat pengesan gas menunjukkan bacaan sifar di lapan lokasi yang dipantau.

Polis telah membenarkan 21 penghuni Pusat Tahfiz Al-Muqarabbin yang dipindahkan pada Ahad lepas untuk kembali ke madrasah mereka.

“Setakat 12 tengah hari tadi, semua ‘detector’ mencatatkan bacaan sifar termasuk di kawasan berhampiran terowong,” katanya dalam kenyataan.

Mohd Razi menegaskan bahawa situasi semasa disahkan terkawal dan selamat untuk aktiviti harian.

Pihak berkuasa masih akan meneruskan pemantauan di lokasi kejadian untuk tempoh tertentu.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak menghampiri kawasan terbabit dan mematuhi arahan keselamatan. – Bernama

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *