SIBU: Keadaan banjir di Sarawak telah pulih sepenuhnya dengan penutupan pusat pemindahan sementara di Dewan Suarah Marudi, Miri pada pukul 9 pagi ini.
Pusat itu telah beroperasi sejak 17 September lalu untuk menempatkan mangsa banjir.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan bahawa dua mangsa terakhir daripada sebuah keluarga telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing hari ini.
Laman Public Info Banjir Jabatan Pengairan dan Saliran menunjukkan bacaan paras sungai di stesen Long Teru terus menurun kepada 8.11 meter pada tengah hari.
Bacaan pagi tadi mencatatkan paras 8.19 meter di stesen yang sama.
Paras air tersebut masih melebihi paras bahaya yang ditetapkan iaitu 8 meter.
Stesen Marudi juga menunjukkan trend penurunan dengan merekodkan bacaan 3.5 meter berbanding 3.59 meter pagi tadi.
Paras air di stesen Marudi masih berada di atas paras bahaya 3.25 meter walaupun menunjukkan penurunan. – Bernama