Ulat teksi tipu pelancong bergerak secara berkumpulan ditahan JPJ

KAJANG: Seorang wanita tempatan yang disyaki sebagai ‘ulat teksi’ dan ditahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor susulan video tular pelancong asing ditipu, dipercayai menjalankan kegiatan berkenaan secara berkumpulan.

Pengarah JPJ Selangor Azrin Borhan berkata maklumat itu diperoleh melalui soal siasat terhadap suspek berusia 30-an yang ditahan di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2 (T2) pada pukul 1 pagi tadi, dan pihaknya kini sedang menjejaki baki ahli kumpulan berkenaan.

“Selepas video suspek tular di media sosial dua hari lepas mengenai seorang pelancong asing yang ditipu oleh ‘ulat’ di KLIA T2, pihak JPJ melakukan penyamaran dan berjaya menahan suspek yang cuba memperdaya seorang pelancong warga Filipina yang hendak ke pusat bandar,“ katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Azrin berkata pihaknya turut menyita sebuah kenderaan jenis perodua Axia berwarna hitam digunakan oleh wanita itu yang dipercayai disewa daripada individu lain.

Menurut beliau, modus operandi wanita berkenaan adalah dengan mendekati pelancong asing yang baharu tiba dan menawarkan harga yang murah untuk perkhidmatan pengangkutan ke ibu kota.

“Ketika ditahan wanita berkenaan memaklumkan beliau melakukan kegiatan itu untuk mencari pendapatan tambahan dan difahamkan dia mampu membuat tiga perjalanan dalam sehari,“ katanya.

Azrin berkata kes disiasat mengikut Seksyen 205(1) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010, yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan tempoh tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.

Menurut beliau, sejak Januari lepas sehingga kini, sebanyak 143 ulat teksi telah ditahan dan dikenakan kompaun berjumlah RM419,200.

Azrin berkata JPJ Selangor akan terus membanteras kegiatan ulat di KLIA dan menasihatkan orang ramai supaya menggunakan perkhidmatan teksi sah.

Pada 15 Sept lepas, video seorang pelancong asing tular di media sosial yang mendedahkan bahawa dia ditawarkan tambang RM60 oleh wanita itu ketika mencari bas ke sebuah hotel di ibu negara.

Bagaimanapun, sebaik tiba di hadapan hotel, pemandu enggan berhenti dan sebaliknya memandu ke kawasan sunyi sebelum menuntut bayaran sebanyak RM836, kira-kira 14 kali ganda daripada jumlah asal- Bernama

Seorang wanita tempatan yang disyaki sebagai ulat teksi dan ditahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor susulan video tular pelancong asing ditipu dipercayai menjalankan kegiatan berkenaan secara berkumpulan.

Pengarah JPJ Selangor Azrin Borhan berkata maklumat itu diperoleh melalui soal siasat terhadap suspek berusia 30-an yang ditahan di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2 pada pukul 1 pagi tadi.

Beliau menyatakan pihaknya kini sedang menjejaki baki ahli kumpulan berkenaan yang terlibat dalam kegiatan penipuan terhadap pelancong.

“Selepas video suspek tular di media sosial dua hari lepas mengenai seorang pelancong asing yang ditipu oleh ulat di KLIA T2, pihak JPJ melakukan penyamaran dan berjaya menahan suspek yang cuba memperdaya seorang pelancong warga Filipina yang hendak ke pusat bandar,“ katanya dalam sidang media.

Azrin berkata pihaknya turut menyita sebuah kenderaan jenis Perodua Axia berwarna hitam digunakan oleh wanita itu yang dipercayai disewa daripada individu lain.

Menurut beliau, modus operandi wanita berkenaan adalah dengan mendekati pelancong asing yang baharu tiba dan menawarkan harga yang murah untuk perkhidmatan pengangkutan ke ibu kota.

“Ketika ditahan wanita berkenaan memaklumkan beliau melakukan kegiatan itu untuk mencari pendapatan tambahan dan difahamkan dia mampu membuat tiga perjalanan dalam sehari,“ katanya.

Azrin berkata kes disiasat mengikut Seksyen 205(1) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 yang memperuntukkan denda tidak melebihi 50,000 ringgit atau dipenjarakan tempoh tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.

Menurut beliau, sejak Januari lepas sehingga kini sebanyak 143 ulat teksi telah ditahan dan dikenakan kompaun berjumlah 419,200 ringgit.

Azrin berkata JPJ Selangor akan terus membanteras kegiatan ulat di KLIA dan menasihatkan orang ramai supaya menggunakan perkhidmatan teksi sah.

Pada 15 September lepas, video seorang pelancong asing tular di media sosial yang mendedahkan bahawa dia ditawarkan tambang 60 ringgit oleh wanita itu ketika mencari bas ke sebuah hotel di ibu negara.

Bagaimanapun, sebaik tiba di hadapan hotel, pemandu enggan berhenti dan sebaliknya memandu ke kawasan sunyi sebelum menuntut bayaran sebanyak 836 ringgit, kira-kira 14 kali ganda daripada jumlah asal. – Bernama

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *