Syria adakan pilihan raya parlimen pertama selepas kejatuhan Assad

ISTANBUL: Syria akan mengadakan pilihan raya parlimen bulan depan yang menjadi pilihan raya pertama sejak kejatuhan rejim Bashar al-Assad tahun lalu.

Suruhanjaya pilihan raya mengumumkan pengundian akan diadakan di semua kawasan pilihan raya pada 5 Oktober.

Menurut dekri presiden yang dikeluarkan oleh Presiden Ahmad al-Sharaa (gambar) pada 27 Ogos, seramai 140 daripada 210 anggota Dewan Rakyat akan dipilih.

Baki 70 ahli parlimen akan dilantik secara langsung oleh presiden.

Assad yang menerajui Syria hampir 25 tahun melarikan diri ke Rusia pada Disember lepas.

Pelariannya menamatkan pemerintahan Parti Ba’ath yang berkuasa sejak tahun 1963.

Sebuah pentadbiran peralihan baharu yang diketuai al-Sharaa dibentuk pada Januari lalu. – Bernama-Anadolu

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *