PONTIAN: Seorang lelaki warga emas dikhuatiri lemas selepas didakwa terjatuh ke dalam laut di sebuah jeti nelayan di Jalan Tambak-Pontian Kecil di sini.
Komander Operasi Kanan Balai Bomba dan Penyelamat Pontian Baru Penolong Kanan Penguasa Bomba Mahadir Mamat berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian pada 12.02 tengah hari.
Lelaki warga tempatan berusia 65 tahun dipercayai jatuh ketika membuat kerja pembersihan bilah kipas bot.
Mahadir berkata operasi mencari dan menyelamat melibatkan 17 anggota Bomba Pontian Baru dan Pasukan Penyelamat di Air dari Balai Bomba Kluang. – Bernama