Treler hilang kawalan, rempuh pos polis bantuan Felda Kechau 8

KUANTAN: Sebuah treler tanpa muatan telah merempuh Pos Kawalan Polis Bantuan Felda Kechau 8 di Kuala Lipis pada pagi ini.

Kejadian berlaku kira-kira jam 9.50 pagi apabila treler yang dipandu lelaki berusia 28 tahun dari arah Sungai Temau menuju Kuantan dipercayai hilang kawalan.

Kenderaan berat itu kemudian merempuh pos kawalan berkenaan dan sebuah kereta yang berada di lokasi tersebut.

Rempuhan tersebut menyebabkan atap dan dinding pos kawalan menghempap sebuah motosikal yang berada di kawasan kejadian.

Ketua Polis Daerah Lipis Supt Ismail Man mengesahkan pemandu treler dan seorang anggota polis bantuan berusia 23 tahun mengalami kecederaan.

Mangsa-mangsa kini sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Lipis akibat insiden tersebut.

Seorang lagi anggota polis bantuan berusia 31 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu.

Kes ini sedang disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Polis meminta mana-mana saksi yang menyaksikan kejadian tersebut tampil membantu siasatan. – Bernama

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *