Polis tahan lelaki tular pecah almari kedai makan Kota Bharu

KOTA BHARU: Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes khianat di sebuah kedai makan di Kampung Landak, Pengkalan Chepa di sini, Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Mohd Rosdi Daud berkata suspek berusia 36 tahun ditahan 1 pagi tadi.

Siasatan mendapati kejadian 7.19 malam 15 Sept berlaku selepas suspek tidak berpuas hati kerana kenderaan milik pengadu berusia 25 tahun menghalang laluannya lalu bertindak merosakkan harta kedai makan itu.

Beliau berkata suspek direman sehingga 21 Sept bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi lebih 15 minit tular di media sosial memaparkan seorang individu memecahkan cermin almari makanan kedai menggunakan topi keledar. – Bernama

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *