KPM pantau banjir Sabah Sarawak, 53 sekolah terjejas, 6 pusat pemindahan

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan melaksanakan pemantauan berterusan terhadap situasi banjir bagi memastikan kesiapsiagaan, keselamatan serta kesejahteraan murid, guru dan seluruh warga pendidikan di kawasan terjejas Sabah dan Sarawak.

KPM memaklumkan Jabatan Pendidikan Sabah dan Jabatan Pendidikan Sarawak sedang menyalurkan bantuan kecemasan kepada semua institusi pendidikan yang terjejas akibat bencana itu.

Sebanyak 53 institusi pendidikan di kedua-dua negeri terjejas akibat banjir setakat 8 pagi hari ini dengan 24 sekolah rendah serta lima sekolah menengah di Sabah dan 22 sekolah rendah serta dua sekolah menengah di Sarawak.

Enam pusat pemindahan sementara di premis institusi pendidikan KPM sedang beroperia dengan lima di Sabah dan satu di Sarawak.

KPM merakamkan ucapan takziah kepada keluarga empat murid yang terkorban akibat bencana banjir dan tanah runtuh di beberapa kawasan di Sabah.

Semoga seluruh keluarga diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini menurut kenyataan kementerian.

Sembilan individu maut dalam insiden tanah runtuh di Kota Kinabalu dan Papar susulan hujan lebat berterusan sejak malam Ahad pada Isnin lepas. – Bernama

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *