PAPAR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menganggarkan sebanyak 100,000 kenderaan syarikat pengangkutan darat awam dan barangan di seluruh negara layak mendaftar dalam Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi.
Menteri Datuk Armizan Mohd Ali menyatakan anggaran tersebut dibuat berdasarkan integrasi data SKPS dengan sistem Jabatan Pengangkutan Jalan bagi mengawal selia penyaluran subsidi kepada kenderaan pengangkutan.
Beliau menyatakan jumlah permohonan pendaftaran yang bermula pada Isnin lepas masih rendah dengan hanya 154 syarikat melibatkan 335 kenderaan setakat ini.
Sebanyak 70 syarikat pengangkutan awam melibatkan 240 kenderaan telah mendaftar manakala 84 syarikat pengangkutan barangan dengan 95 kenderaan telah membuat permohonan.
Armizan menggesa syarikat-syarikat yang layak untuk mendaftar segera walaupun tiada tarikh tutup bagi memastikan mereka mendapat manfaat subsidi dari hari pertama pelaksanaan.
Beliau menekankan syarikat pengangkutan perlu memohon Fleet Card daripada tiga syarikat minyak pilihan selepas proses pendaftaran SKPS selesai.
Kemudahan subsidi petrol RON95 ini akan mengurangkan imp https://mysubsidi.kpdn.gov.my. gguna secara keseluruhan.
Permohonan pendaftaran SKPS boleh dibuat melalui pautan https://mysubsidi.kpdn.gov.my. – Bernama