Anwar ucap penghargaan kepada ATM sempena hari angkatan tentera ke-92

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan penghargaan kepada seluruh warga Angkatan Tentera Malaysia sempena Hari ATM ke-92.

Beliau menzahirkan penghormatan atas khidmat bakti dan pengorbanan anggota ATM dalam mempertahankan kedaulatan negara melalui hantaran di Facebook.

Anwar berharap seluruh warga ATM sentiasa dikurniakan kesihatan, kekuatan dan semangat juang yang tinggi dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab demi tanah air.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pesara ATM yang telah menabur bakti sepanjang perkhidmatan mereka.

Perdana Menteri mendoakan agar perajurit yang gugur ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan para solihin.

Beliau mengucapkan Al-Fatihah buat perajurit yang telah pergi mendahului kita dan mengharapkan roh mereka dicucuri rahmat. – Bernama

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *