DOHA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa agar kumpulan flotila yang membawa bantuan kemanusiaan dalam pelayaran ke Gaza diberi laluan selamat serta tidak dihalang atau diserang.
Beliau menegaskan bahawa flotila itu bukan membawa senjata sebaliknya membawa harapan bantuan kepada penduduk Gaza yang sedang dikepung ketika menyampaikan Kenyataan Negara pada Sidang Kemuncak Luar Biasa Arab-Islam di sini.
“Ini ialah misi kemanusiaan dan kita mesti melakukan segala yang termampu bagi memastikan ia sampai ke destinasi.”
“Jika ia dihalang dengan keganasan, ia bermakna kita mengkhianati amanah nurani kita untuk mempertahankan golongan lemah, melindungi yang tertindas serta memberi makanan kepada yang kelaparan,” katanya. – Bernama