Mangsa banjir di Sabah berkurangan kepada 396 orang petang ini

KOTA KINABALU: Mangsa banjir di Sabah berkurangan kepada 396 orang daripada 126 keluarga petang ini berbanding 409 orang daripada 110 keluarga pagi tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan 247 mangsa daripada 73 keluarga dipindahkan di Penampang manakala 149 mangsa daripada 53 keluarga dipindahkan di Beaufort.

Pusat pemindahan sementara di Kompleks Sukan Penampang menempatkan 58 mangsa daripada 16 keluarga.

Dewan Huguan Siau menempatkan 141 mangsa daripada 44 keluarga manakala Sekolah Kebangsaan St Paul Kolopis menempatkan 48 mangsa daripada 13 keluarga.

Pusat pemindahan sementara di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Peter Mojuntin telah ditutup.

Semua mangsa banjir di Beaufort dipindahkan ke pusat pemindahan kekal di Selagon.

Sebanyak 22 kampung terjejas akibat banjir dengan 14 kampung di Penampang dan lapan di Beaufort. – Bernama

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *