Banjir: Jumlah mangsa dipindahkan di Beaufort meningkat

KOTA KINABALU: Bilangan mangsa banjir di Beaufort meningkat kepada 233 orang daripada 69 keluarga pagi ini, berbanding 199 orang daripada 64 keluarga pada semalam.

Menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah, semua mangsa ditempatkan di Pusat Pemindahan Kekal (PPK) Selagon, Beaufort.

“Sebanyak lapan kampung terjejas akibat banjir di Beaufort,” menurut kenyataan itu hari ini- BERNAMA

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *