Reman pemandu kren syak dera anak saudara disambung dua hari

KANGAR: Reman terhadap seorang pemandu kren yang disyaki mendera anak saudara lelakinya berusia enam tahun disambung selama dua hari bermula esok.

Ketua Polis Daerah Kangar ACP Yusharifuddin Mohd Yusop menyatakan perintah reman hingga Jumaat terhadap lelaki berusia 26 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Ana Rozana Mohd Nor hari ini.

“Dalam tempoh ini, kertas siasatan akan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Perlis untuk tindakan selanjutnya,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Lelaki tersebut ditahan polis pada 12.20 tengah malam Ahad dan disyaki memukul tangan kiri kanak-kanak berkenaan dengan tali pinggang.

Tindakan tersebut menyebabkan kesan lebam pada tangan mangsa yang berusia enam tahun.

Lelaki berkenaan sebelumnya direman selama empat hari yang berakhir hari ini sebelum disambung dua hari lagi. – Bernama

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *