Rapid KL tawarkan ganjaran e-dompet TNG untuk penumpang bas perantara

KUALA LUMPUR: Penumpang bas Rapid KL berpeluang menebus pin e-dompet Touch ‘n Go sehingga sepuluh ringgit dengan menaiki bas perantara melalui kempen #JomNaikFeeder 2.0 bermula hari ini hingga 30 November.

Setiap dua puluh perjalanan lengkap melayakkan penumpang menebus pin e-dompet Touch ‘n Go bernilai lima ringgit manakala tiga puluh perjalanan membolehkan penebusan sepuluh ringgit.

Penumpang hanya perlu mendaftar dengan mengimbas kod respons pantas yang disediakan di dalam bas perantara dan menggunakan kad sama bagi mengumpul perjalanan dengan seribu penumpang terawal akan dipilih untuk penebusan.

Kempen terbuka kepada semua pengguna tanpa tunai perkhidmatan bas perantara Transit Aliran Ringan dan Transit Aliran Massa bagi pemegang Pas My50, MyCity, MyTourist, Kad Konsesi MyRapid, OKU Smile dan pengguna kad Touch ‘n Go.

Rapid KL menyasarkan pertumbuhan jumlah penumpang sebanyak 6.8% sepanjang tempoh itu berbanding fasa pertama kempen yang mencatatkan purata jumlah penumpang bas sebanyak 5.5% pada hujung tahun lepas.

Kempen ini jelas membuktikan bas perantara semakin mendapat tempat sebagai pilihan utama perjalanan batuan pertama dan akhir.

Pemangku Ketua Pengurusan Pengalaman Pihak Berkepentingan dan Pemasaran Kumpulan Prasarana Malaysia Bhd Ashok Panchalingam berkata kejayaan #JomNaikFeeder 1.0 mencetuskan inspirasi untuk meneruskan usaha itu. – Bernama

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *