PUTRAJAYA: Inisiatif baucar buku MADANI bernilai RM100 kepada pelajar institusi pendidikan tinggi akan dilaksanakan bermula esok hingga 12 Disember ini.
Seramai 500,000 pelajar merangkumi universiti awam, politeknik, kolej komuniti dan institusi pendidikan tinggi swasta akan menerima manfaat baucar ini.
Kementerian Pendidikan Tinggi menyatakan inisiatif itu merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan Kerajaan MADANI untuk menyokong keperluan pembelajaran pelajar.
Ia juga bertujuan meringankan beban kewangan pelajar serta membudayakan amalan membaca dalam kalangan generasi muda.
Matlamat tambahan termasuk merancakkan pertumbuhan ekonomi industri buku negara.
“KPT berharap agar semua pelajar yang layak dapat memanfaatkan baucar buku ini untuk menambah ilmu pengetahuan dan meningkatkan keupayaan diri,“ menurut kenyataan kementerian.
https://mysiswaplace.my/. leh digunakan untuk pembelian buku akademik, bahan rujukan, bacaan ilmiah serta pelbagai lagi menerusi portal https://mysiswaplace.my/.
Platform MySiswaPlace menawarkan lebih sejuta judul bahan bacaan termasuk buku fizikal dan e-book daripada lebih 250 rakan niaga.
Portal tersebut berfungsi sebagai platform sehenti untuk semakan kelayakan, penjanaan baucar, penebusan baucar dan pembelian bahan bacaan secara dalam talian.
Kementerian turut merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas persetujuan meneruskan inisiatif baucar buku ini. – Bernama