Cuaca baik ramalan MetMalaysia untuk hari pertama raptai Hari Kebangsaan

PUTRAJAYA: Cuaca di kawasan ini diramalkan baik pada sebelah pagi esok sempena hari pertama raptai sambutan Hari Kebangsaan 2025.

Jabatan Meteorologi Malaysia membuat kenyataan ini menerusi hantaran rasmi di Facebook mereka.

Bagaimanapun hujan dijangka berlaku pada waktu petang esok dengan keadaan kembali baik pada waktu malam.

MetMalaysia turut meramalkan hujan pagi untuk hari Khamis dan Jumaat dengan cuaca baik pada sebelah petang dan malam.

Suhu minimum dijangka sekitar 24 darjah Celsius sepanjang tiga hari raptai tersebut.

Suhu maksimum pula diramalkan mencecah 34 darjah Celsius dalam tempoh sama.

Raptai penuh sambutan Hari Kebangsaan akan berlangsung dari Rabu hingga Jumaat ini.

Aktiviti raptai dijadualkan bermula dari pukul 6 pagi hingga 11 pagi setiap hari.

Sesi raptai ini akan melibatkan penutupan jalan tertentu sepanjang program dijalankan.

Jalan raya di sekitar kawasan core island Putrajaya akan ditutup kepada kenderaan persendirian mulai 6 petang Jumaat.

Penutupan jalan akan berterusan sehingga tamat perbarisan sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos. – Bernama

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *