Kanak-kanak tiga tahun maut terjatuh dari tingkat enam pangsapuri

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak lelaki berumur tiga tahun maut selepas terjatuh dari tingkat enam sebuah pangsapuri di Kota Damansara di sini, Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shahrulnizam Ja’afar berkata mangsa ditemukan di laluan pejalan kaki oleh orang awam yang kemudian menghubungi polis pada 4.42 petang.

Beliau berkata mangsa disyaki terjatuh dari tingkat enam pangsapuri itu dan telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan yang tiba di lokasi.

“Satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan siasatan masih diteruskan berkaitan kes itu,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Shahrulnizam meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu untuk tampil ke balai polis atau menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-7966 2222 atau Pegawai Penyiasat Inspektor Ainaa Athira (010-2762 186) bagi membantu siasatan. – Bernama

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *