RPO kesan akaun TikTok palsu guna suara Raja Permaisuri Agong

KUALA LUMPUR: Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor (RPO) mengesan satu akaun TikTok palsu menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) meniru suara Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.

Menerusi hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, RPO memaklumkan video berkenaan memaparkan suara Raja Zarith Sofiah kononnya berkaitan bantuan kewangan daripada Seri Paduka Baginda kepada orang ramai.

“Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada dan tidak mudah terpengaruh dengan akaun palsu seumpama ini yang sering digunakan scammers bagi tujuan penipuan di platform media sosial.

“RPO ingin menegaskan bahawa penyamaran dan penyalahgunaan identiti adalah satu kesalahan di sisi undang-undang,” menurut hantaran tersebut.

Tular di aplikasi TikTok satu video berdurasi 33 saat menggunakan wajah dan meniru suara Raja Permaisuri Agong kononnya ingin membantu rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan kewangan. – Bernama

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *