PM Anwar lawat Adun Lintang selepas pembedahan

IPOH: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa melawat Ahli Dewan Undangan Negeri Lintang Datuk Mohd Zolkafly Harun di kediamannya hari ini.

Mohd Zolkafly yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar Perak baru sahaja selesai menjalani pembedahan.

Lawatan itu dilakukan selepas Anwar merasmikan pecah tanah projek Ipoh Sentral dalam lawatan kerjanya ke negeri ini.

“Sambil bertanya khabar mengenai keadaan kesihatan beliau, kami turut bertukar pandangan mengenai pelbagai isu semasa yang melibatkan rakyat dan pembangunan negeri,“ kata Anwar dalam hantaran Facebook.

Beliau turut mendoakan Mohd Zolkafly diberikan kesembuhan sepenuhnya.

Sebelum itu, Anwar merasmikan Karnival Tenusu MADANI di Kompleks Tenusu Farm Fresh Perak di Larut.

Beliau juga meninjau projek pembinaan jalan baharu dari Kamunting ke Anak Kurau di bawah Program JALB KKDW. – Bernama

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *