Sabah bincang laluan terus Sandakan-Singapura dengan Scoot

SINGAPURA: Lembaga Pelancongan Sabah (STB) bersama Tourism Malaysia sedang berbincang dengan syarikat penerbangan Scoot untuk membuka laluan terus Singapura-Sandakan.

Pembantu Menteri Pelancongan Sabah Datuk Joniston Bangkuai berkata laluan ini akan mempromosikan Sabah sebagai destinasi pelancongan utama.

“Sabah bukan hanya terkenal dengan Gunung Kinabalu atau Sipadan, tetapi juga Sandakan sebagai pusat alam semula jadi,“ katanya.

Beliau berharap ejen pelancongan di Singapura dapat mempromosikan tarikan seperti Pusat Pemuliharaan Beruang Madu Borneo dan Orang Utan Sepilok.

Sehingga Mei 2025, lebih 13,000 pelancong dari Singapura telah melawat Sabah.

Joniston yakin angka ini akan meningkat menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026 (VMY2026).

Tourism Malaysia Singapura dan Pejabat Perdagangan Pelancongan Sabah (STTOS) aktif mempromosikan Sabah di republik itu.

Beliau juga berharap Scoot dan AirAsia menambah kekerapan penerbangan Singapura-Kota Kinabalu.

Sabah Fest 2025 – Edisi Singapura diadakan selama tiga hari di Marina Square bagi memperkenalkan budaya dan pelancongan Sabah.

Joniston turut melancarkan kempen “Stamp and Feel Sabah” untuk galak pelancong Singapura meneroka Sabah.

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura Datuk Dr Azfar Mohamad Mustafar menyokong acara ini sebagai usaha mengukuhkan hubungan dua hala.

“Sabah Fest 2025 selaras dengan misi promosi VMY2026,“ katanya.

Acara ini turut mempamerkan produk tempatan Sabah seperti Desa Dairy Farm dan Jetsin Sdn Bhd.

Pengunjung juga dihiburkan dengan persembahan budaya dan nyanyian penyanyi Sabah, Dabra Sia. – Bernama

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *