Polis cari remaja perempuan hilang di Bachok sejak Selasa

BACHOK: Polis Kelantan sedang menjalankan operasi mencari seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang di Kampung Surau Budi, Jalan Tawang.

Ketua Polis Daerah Bachok, DSP Mohd Azrie Sulaiman mengesahkan kehilangan itu dilaporkan oleh bapa mangsa pada pukul 6 pagi Selasa lepas.

“Kali terakhir mangsa dilihat ialah pada pukul 11.30 malam Isnin di rumah mereka,” jelas Mohd Azrie dalam kenyataan rasmi.

Mangsa dikenal pasti sebagai Nurul Ain Najihah Tuan Perang dan tidak bersekolah sejak Tingkatan Satu.

Menurut polis, remaja itu tidak memiliki telefon bimbit dan dipercayai keluar rumah dengan membawa dompet serta kad pengenalan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Bachok di talian 09-7782222,” pinta Mohd Azrie.

Operasi mencari masih diteruskan dengan kerjasama penduduk setempat dan agensi berkaitan. – Bernama

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *