Dua warga China ditahan kerana ceroboh kawasan larangan di Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR: Polis menahan dua warga China yang disyaki menceroboh kawasan larangan di sebuah bangunan pasukan keselamatan pada 6 Ogos lepas.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju ACP Mohammad Lazim Ismail berkata kedua-dua lelaki berusia 20 dan 27 tahun itu ditahan ketika menerbangkan dron berhampiran bangunan terbabit.

Mereka ditahan oleh anggota keselamatan sebelum diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju.

Beberapa peralatan termasuk dron dan kad memori dirampas sebagai bukti siasatan.

Mohammad Lazim menyatakan kedua-dua individu mendakwa rakaman dron dibuat atas arahan majikan mereka.

Mereka tidak mengetahui motif sebenar rakaman tersebut.

Semakan dokumen mendapati mereka memiliki dokumen perjalanan yang sah.

Kedua-duanya didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di bawah Seksyen 3(a) dan 4 Akta Rahsia Rasmi.

Tertuduh tidak mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin.

Hakim Izralizam Sanusi menolak permohonan ikat jamin dan menetapkan 11 Sept untuk prosiding seterusnya. – Bernama

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *