Pelaburan asing tertinggi di Sabah dari logam asas, galian bukan logam dan kayu

KUALA LUMPUR: Tiga industri utama dalam sektor perkilangan di Sabah menyumbang nilai pelaburan asing tertinggi dalam tempoh 10 tahun, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Industri tersebut ialah keluaran logam asas (RM4.3 bilion), galian bukan logam (RM2.5 bilion) dan kayu (RM99.1 juta).

Bagi sektor perkhidmatan, subsektor utama ialah hotel dan pelancongan (RM205 juta) serta perkhidmatan sokongan (RM37.9 juta).

Maklumat ini diberikan sebagai jawapan kepada soalan Datuk Jonathan Yasin (GRS-Ranau) mengenai jumlah pelaburan asing ke Sabah sejak 10 tahun lalu.

Pada suku pertama 2025, Sabah menduduki tempat ketiga bagi nilai pelaburan diluluskan dalam sektor perkilangan, perkhidmatan dan utama berjumlah RM10.9 bilion.

Sebanyak 25 projek pelaburan asing bernilai RM7.18 bilion telah direalisasikan di Sabah dalam tempoh 10 tahun di bawah seliaan MIDA.

Pelaburan ini telah mewujudkan 3,138 peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan. – Bernama

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *