Malaysia siasat ketelusan gencatan senjata Thailand-Kemboja

GEMAS: Pasukan Pemerhati Interim (IOT) pimpinan Malaysia sedang menyiasat ketelusan gencatan senjata di sempadan Thailand dan Kemboja.

Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Mohd Nizam Jaffar menyatakan pasukan itu akan memaklumkan hasil siasatan kepada kedua-dua negara.

“Kita menerima laporan pelanggaran gencatan senjata dan pasukan di lapangan akan siasat,“ katanya.

Matlamat utama IOT adalah memastikan gencatan senjata berjalan lancar dan telus.

Mohd Nizam turut meminta Thailand dan Kemboja berhubung dengan Kumpulan Tindakan Bersama termasuk aspek perundangan.

Beliau berucap selepas menyaksikan Latihan Kuasa Tembakan 2025 di Kem Syed Sirajuddin.

Thailand dan Kemboja sebelum ini bersetuju mematuhi gencatan senjata tanpa menambah kekuatan tentera.

Minit persetujuan menegaskan kedua-dua pihak perlu elak tembakan provokatif yang boleh mencetuskan ketegangan.

IOT mengadakan perjumpaan sekurang-kurangnya dua kali seminggu untuk pantau perkembangan sempadan.

Malaysia juga bersedia menghantar wakil ke Pasukan Pemerhati Atase Pertahanan ASEAN (AOT) jika diperlukan. – Bernama

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *