LONDON: Wikipedia tewas dalam cabaran undang-undang terhadap kerajaan United Kingdom berhubung Akta Keselamatan Dalam Lanian.
Keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan Wikimedia Foundation (WMF) dan seorang penyunting tanpa nama untuk dikecualikan daripada peraturan baharu.
Mereka berhujah bahawa undang-undang itu memaksa Wikipedia melaksanakan pengesahan pengguna atau mengehadkan trafik dari UK.
Hakim Johnson menyatakan terdapat cara untuk Wikipedia beroperasi tanpa melanggar undang-undang secara tidak wajar.
Akta Keselamatan Dalam Talian bertujuan mengurangkan penyebaran kandungan berbahaya di platform dalam talian.
Peraturan baharu mengklasifikasikan laman tertentu sebagai Kategori Satu berdasarkan jumlah pengguna dan sistem perkongsian maklumat.
Peguam WMF, Rupert Paines, mendakwa peraturan ini terlalu luas dan tidak sesuai untuk Wikipedia.
Beliau berkata pengesahan mandatori akan menjadikan artikel “tidak bermakna” kerana kandungan pengguna tidak disahkan akan ditapis.
Peguam kerajaan, Cecilia Ivimy, mempertahankan keputusan menteri untuk tidak mengecualikan Wikipedia.
Kerajaan berpendapat Wikipedia sesuai dikenakan kewajipan Kategori Satu dan keputusan itu tidak tidak munasabah.
Hakim Johnson menegaskan keputusannya tidak bermakna Ofcom boleh mengganggu operasi Wikipedia secara signifikan.
Jika Ofcom mengklasifikasikan Wikipedia sebagai Kategori Satu, ia mungkin mencetuskan tindakan undang-undang lanjut. – Bernama, PA Media/dpa