8,369 notis dikeluar di Kelantan bawah Akta Merokok 852

KOTA BHARU: Sebanyak 8,369 notis dikeluarkan terhadap individu dan pemilik premis di Kelantan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852), sejak Oktober tahun lepas hingga Julai lepas.

Pengarah Kesihatan Negeri Datuk Dr Zaini Hussin berkata kompaun bernilai hampir RM2 juta itu membabitkan 7,219 kes merokok di kawasan larangan, 658 kes gagal mempamer tanda amaran larangan merokok dan 453 kes melibatkan Orang Belum Dewasa (OBD) merokok.

“Selain itu, terdapat 24 kes pemilik premis menyediakan kemudahan merokok, dua kes iklan produk merokok, sembilan kes gagal mempamer papan tanda larangan jualan kepada OBD, tiga kes menjual rokok pada harga tidak mengikut syarat, serta satu kes OBD membeli rokok,“ katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau menegaskan Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) komited memperkasakan penguatkuasaan Akta 852 dan tidak akan berkompromi terhadap sebarang pelanggaran undang-undang berkenaan – BERNAMA

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *