Hannah Yeoh gesa peruntukan dana belia dan sukan dipertingkat

SHAH ALAM: Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh menyeru semua Menteri Besar dan Ketua Menteri memperuntukkan dana mencukupi bagi pembangunan belia dan sukan dalam belanjawan negeri tahun hadapan.

Beliau menekankan kepentingan peruntukan tersebut bagi membolehkan Exco belia dan sukan negeri melaksanakan lebih banyak program pembangunan. “Portfolio ini menjaga aset masa depan negara dan menggalakkan gaya hidup sihat. Dengan bajet mencukupi, lebih banyak program boleh dilaksanakan,“ katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia (SUKMA).

Hannah turut mempengerusikan Mesyuarat Menteri dan Exco Pembangunan Belia dan Sukan yang dihadiri Exco negeri. Menurut kenyataan Kementerian Belia dan Sukan, 54% pemegang jawatan dalam pertubuhan belia berdaftar berusia bawah 30 tahun, selaras Akta Pertubuhan Belia (Pindaan) 2019. – Bernama

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *