Mahkamah Brazil arah bekas presiden Jair Bolsonaro tahan rumah

WASHINGTON: Mahkamah Tertinggi Brazil mengarahkan bekas presiden Jair Bolsonaro untuk menjalani penahanan dalam rumah, lapor Anadolu Ajansi (AA) yang memetik media tempatan pada Isnin.

Bolsonaro kini sedang dibicarakan atas dakwaan merancang komplot untuk terus berkuasa selepas tewas dalam pilihan raya presiden 2022 kepada penyandang kini, Luiz Inácio Lula da Silva.

Bulan lalu, mahkamah turut mengarahkan beliau memakai alat pengesan elektronik di pergelangan kaki — satu tindakan yang disifatkannya sebagai “penghinaan paling besar”. – Bernama-Anadolu

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *