Warga emas 88 tahun hilang selepas keluar rumah di Baling

BALING: Seorang lelaki warga emas dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Batu 7, Jalan Kroh di sini semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Baling DSP Ahmad Salimi Md Ali berkata warga emas dikenali sebagai Abd Razak Abd Rahman, 88, dikatakan keluar dari rumahnya pada pukul 8 pagi semalam.

Beliau berkata warga emas berkenaan dipercayai berjalan meninggalkan rumahnya dan dia dikatakan uzur serta mempunyai masalah ingatan.

Ciri-ciri fizikal orang hilang ialah berketinggian 140 sentimeter dengan berat anggaran 50 kilogram.

Mangsa berambut putih, berkulit coklat, mempunyai bulu kening halus serta berjanggut dan misai putih.

Beliau juga dilaporkan berbadan bongkok menurut kenyataan polis hari ini.

Aduan mengenai kehilangan warga emas itu telah dibuat oleh waris pada pukul 4.25 petang semalam.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh berhubung terus dengan mana-mana balai polis yang berdekatan. – Bernama

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *