KOTA BHARU: Polis sedang mengesan seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang sejak semalam di kawasan Ketereh dekat sini.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Mohd Rosdi Daud berkata laporan kehilangan itu melibatkan remaja bernama Mimi Nursyafiqah Mohd Shafirun Azam berumur 17 tahun 10 bulan.
Beliau berkata remaja berkenaan mempunyai ketinggian kira-kira 160 sentimeter dengan berat 48 kilogram.
Mimi Nursyafiqah juga digambarkan sebagai berkulit putih dan berbadan kurus.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kehilangan itu diminta menghubungi Sarjan Nur Affira Idris di talian 017-3204261.
Mereka juga boleh menghubungi Hotline Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu di 09-7752200 untuk maklumat lanjut.
Hotline Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di 09-7455622 turut disediakan untuk sebarang laporan.
Polis juga meminta orang ramai menghubungi mana-mana balai polis berhampiran jika mempunyai maklumat berkaitan. – Bernama