Kerajaan pertimbang gelombang kedua misi kemanusiaan ke Gaza melalui sempadan Rafah

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedia mempertimbangkan permintaan untuk melaksanakan gelombang kedua misi bantuan kemanusiaan ke Gaza melalui sempadan Rafah di Mesir.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan secara dasarnya menyatakan jaminan akan memberikan sokongan terhadap sebarang gerakan kemanusiaan untuk membantu rakyat di Gaza.

“Sekarang ini kita sudah cuba (memecah kepungan Israel di Gaza) melalui lautan, dan sekarang ada cadangan (melalui sempadan Rafah) yang wajar diberi pertimbangan.

“Minggu ini, selesai (pembentangan) Belanjawan 2026, jadi Isnin dan Selasa depan kita panggil Sani (Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby) dan Nuri (Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman) bersama-sama rakan lain untuk kita bincang strategi ke Mesir dan misi pecah tembok Rafah,” kata beliau.

Anwar berkata demikian dalam ucapannya pada Himpunan Solidariti Bersama Gaza: Gelombang Malaysia, Palestin Merdeka yang diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil, untuk menyatakan sokongan Malaysia kepada rakyat Palestin- BERNAMA

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *