Agong berkenan berangkat ke pramesyuarat Majlis Raja-Raja ke-270

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke pramesyuarat Majlis Raja-Raja ke-270 di Istana Negara, hari ini.

Menurut hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Majlis Raja-Raja ke-270 akan dipengerusikan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

Berangkat sama Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Al-Haj Sultan Ibrahim, selaku wakil rasmi Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail.

Majlis Raja-Raja akan berlangsung selama dua hari bermula esok di Istana Negara.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyembah maklum beberapa perkembangan semasa kepada Majlis Raja-Raja, termasuk penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 pada akhir bulan ini, ketika dipanggil menghadap di Istana Negara pagi tadi.

Anwar berkata beliau turut menyembah maklum kepada Majlis Raja-Raja mengenai kehadiran Donald Trump dan pendirian Malaysia tentang cadangan pendamaian Gaza yang dipelopori oleh Presiden Amerika Syarikat itu.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *